:)
”Fyya dear, you’ve done wonderful - the changes are working positively. Your new outlook on life will help you to reach those goals, and together with your sweetheart you could create a world of happiness and serenity for you both. Enjoy the changes.”
arini makcik Amora ckp cmtu..mcm tau2 je..dr dlu sampaila skrg..pandai beto die ni meneka..tp ak x cayela bulat2..ni mcm kata2 nasihat..haa..beto2..lebih pd nasihat…die mcm kawanbaik ak lak..kuikuikui…
aduilaaa..ak ni manusia..mudah lupa dan alpa..tp ak syukur kpdNya sbb sedarkan aku..mcm bg signal atau ape2 prasaan yg x sedap klau ade sesuatu yg x best sdang berlangsung…ak mmg bersyukur dgn ape yg telah Dia tentukan..ape yg tlah die kurniakan…aku akui..ak pnah hati berkocak dan bergelora..waktu ak x dpt skor dlm matriks dlu..mmg ak akui salah ak..salah ak sbb x stadi serius.. ak slalu amek ksempatan ngan rezeki yg Dia telah bg kt ak slama nie…so tetibe die uji ak skit..x bg rezeki sgt kt ak..so ak jd mcm..haishhh..apekah..mmg ade pratus sbb merosot tu sbb org len..tp bak kate pepatah…nak seribu daya,xnak seribu dalih..then skrg..byk sgt hkmahnye…bleh blaja sambil gembira2..x stress..ekekke..bleh jejalan sana cni..tgk dunia org len..bleh jmpe ngan kawan2 kt cni.. bleh gak kurangkan itam kt muke ak nie..bleh men salji..hohohoho…alhamdulillahh…syukur…
ak syukur..ujian ke atasku tidakla berat n besar mane stakat ni n aku doakan hindarkan ak dr malapetaka tuk diriku,keluargaku n rakan2..klau semua tu terjadi tuk kebaikan diri ak d akhirat kelak..ak relakan..tp klaula Dia amek nyawa org yg ak sygi…ak arap ak dpt tabah..ak doa ak tabah waktu2 genting cmni wlaupon skrg ni ak takut…huhuhuhu :( ak syukur sgt ak dberi pemikiran yg berubah2..maksud ak..klau nk marah kjap je..then dh bleh normal balik..ak pon bersyukur Dia kurniakan org2 sekeliling yg berhati baik…yg snggup memaafkan ksalahan org len..dan ak bersyukur..ak tdak tamak dlm berkawan..biarlah ikhlas…tu je..jgn sbb mende len br nk terhegeh2..mntak2 djauhkan dr bersikap cmtu..x skee klau diri sndiri camtu…huhuhuhu..sori klau kawan2 trasa ak mcm tu…hhuhuhu…at least klau ak mcm tu..ak bersdia tuk berubah…bkn sbb cik Amora tu ckp..tp mmg arini ak rs len mcm…len mcm yg bgus n positif la tuk diri ak..huhuhu
ok..dh sronok taip..syoks! :) ak sntiasa berpgg pd kata2 seseorang… “Biar Sampah,Jgn Plastik”
kerana sampah..sebusuk2 manepon..(ni sampah organik ye)..ahaaha..sbusuk2 maneepon..die bleh reput…nnt jadi baja..biarpon waktu jd sampah tu org seme hina,caci..atau tutup idung..tp ble dh reput..die dh berbakti pd tanah n tumbuh2an ke keliling die..kuikuikui….tp plastik..nampak je cantik..tp skejap je..ble dh org xnak guna..buangla kt pelusuk mane pon..still xleh wat pape..nyusahkan alam sekitar je…ekekekke…ok2..dah..byeee..salam! :)
Janganlah Meremehkan Dan Merendahkan Orang Lain, Kerana Boleh Jadi Yang Direndahkan Itu Lebih Baik Dan Lebih Tinggi Kedudukannya Disisi Allah swt
–Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”
berpesan pada diri sendiri. :)
(via nikihs098)
*alhamdulillah…alhamdulillah….ak syukur ke atas nikmat yg telah Engkau berikan..syukur dgn sgala2nye…syukur dgn ujian yg telah kau turunkan..syukur dgn diberikan kelebihan..syukur dgn sgala2nya…alhamdulillah…syukur…..*
Via ...MEMOIR...huuuuuuuuu……………………
DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.
Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:
1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.
2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya.” (HR Ahmad).Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.
3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu.”
4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata, “Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.
5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.
6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.
7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.
8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan ‘ketagihan’ dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.
9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.
:)
alhamdulillah…lame gle kot x berblog…saje nk tlis kt cni spaya mcm tanam balik ape mende2 positif yg ade pd diri ak n terjd kt diri ak…ak syukur sgt2..rs bertuah sgt2..bertuah slagi ade family yg trust ak..sahabat yg bto2 shabat dsisi ak..n org yg still percaya n ikhlas…ckup itu je..ak x pentingkan kuantiti..tp kualiti..:) ble dtg perkara2 negatif atau angin2 yg berbaur2 atau bleh mndatangkan ketidakbestsan di hati ni ak kene cpt2 pk balik mende2 td tu…appreciate ape yg kte ade..serius ak syukur sgt..ak harap kekallah prasaan mcmni…x perlu rs nk penat2 pertahankan diri sndiri..mcm lebih pd..ape2 jela..asalkan ak tau hati sndiri cmne n jaga sndiri.. asalkan masih ade org tertentu yg tau diri ak..n org2 yg tau tu pastinye org yg penting buat ak..yg mmg dampingi ak..yg mmg ak syg n ak ikhlas juge… :)
smoga kebahgiaan n kegembiraan wujud kt seme org..agak tough jgak tuk kuatkan hati spaya kluarkan mende2 negetif dlm diri…nk kukuhkan prinsip jgn busuk hati kt org len…mmg tu seme agak tough..heee..tp kite kene cuba..at least cuba..sbb klau dh busuk hati..nnt ble2 pon akan dpt balasan nye..klau bkn skrg..kt akhirat kelak..ni ak tlis kt cni mcm ingtkan kt diri n org len juge..seme org deserve tuk perbaiki diri..termasuk ak..termasuk seme org..seme org buat salah n silap..cuma bezanye.. ade x kemahuan tuk bersihkan hati..tu je..tepuk dada tnye selera..ak pon serius xde niat nk jd baik,nk tunjuk angelic..atau pape..koz ak pon buat salah n xde maknenye nk pura2..huuuuu…mntak maaf klau sape2 trasa..blog ni tuk diri ak sndiri..n mmg penting skali tuk ingtkan diri sndiri…:)
smoga Allah bg petunjuk kt ak dan smua..smoga ape yg berlaku membawa seribusatu hikmahnye…aminnnn…wassalam… :)
wassalam..
9 sebab hati tidak bahagia

copy n paste :)
Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.
3. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
4. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak..lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
5. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
6. Ego - ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
7. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..
8. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.
9. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
‘Sebaik baik wanita adalah; yang apabila diberi sesuatu..dia bersyukur.. dan apabila tidak diberi apa-apa.. dia bersabar; yang menyenangkan hatimu, bila kamu melihatnya.. dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya’
– Maksud Hadithost cite adamaya/ im not single…
lagu yg indah..lirik yg indah..membuatkan ak rs indah juge…. :)
p/s:lisa surihani cunn glersssss!!!!
….
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
*ms ak bc ni,kali ni ak rs brdebar2..hmnnnnnn….*

